SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA

Sunday, January 18, 2009

Untung ke biz prepaid??

salam kawan2 yang sedang membaca blog aku..korang sedar tak yang phone korang tu boleh menjana wang untuk korang?tak kiralah seburuk2 manapun phone korang..tapi kalau phone korang canggih tak boleh nak jana pendapatan sampingan kat korang baik tak payah.he3

untuk pengetahuan korang aku adalah agen dalam sebuah syarikat yang dikendalikan 100% bumiputra.kira lama jugala aku join dengan syarikat ni..hampir2 satu tahun..selama ni memang poket aku tak pernah kering.korang tak percaya terpulanglah.bukan itu saja malah bila aku topup kat fon aku sendiri pun dapat komisen.haa ni kira dah boleh jimat.dari aku buang masa dan tenaga nak pergi beli topup kat kedai lebih baik aku beli kat diri aku sendiri.he3..sambil2 tu boleh perkayakan diri sendiri..

aku nak perkenalkan kat korang biz prepaid yang diberi nama ezyreload4u.com.yuran daftar cuma RM50(RM10 dapat modal permulaan) seumur hidup sekali sahaja.biz ni bukan MLM,tambahan pula income secara real time.memang masyuk laa korang..yang bestnya kat sini,kalau kita rajin2 nak cari orang kita akan dibayar RM15 satu kepala..

haaa kalau korang berminat nak sertai dengan aku,korang boleh sms/hubungi aku di talian 0174438762/0134036063.InsyaAllah aku akan sentiasa membantu korang agar kita sama2 berjaya dalam biz..aminnn

Monday, January 12, 2009

Tiap2 minggu dapat usd dengan danafx.com

korang tahu apa tu danafx.com..sebenarnya ia adalah trader yang menggunakan sisitem yang dibuat khas untuk trading didalam psaran forex dan memberi peluang kepada anda untuk bersama-sama dengan berkongsi modal secara beramai-ramai.kira boleh dikatakan kongsi modal,kongsi rugi dan kongsi untung.

aku dah masuk kat program ni dah hampir 2 bulan.alhamdulillah minggu lepas aku dah buat keluar 4USD terus masuk ke dalam akaun bank aku..hmm duk saja je dah dapat income..tambahan pula income/keuntungan diberi setiap minggu.hanya dengan RM35 untuk satu lot dah leh dapat income tiap2 minggu..sape tak nak macam ni..goyang kaki je..he3

minggu lepas komisen 1 lot dapat 0.654usd..esok dah leh buat keluar/withdraw duit..memang best laa kawan2..rugi kalau korang tak cuba..kalau korang berminat korang boleh daftar di www.danafx.com/?id=sure_masyuk.kalau korang nak bertanya kat aku,aku sedia membantu..korang leh tanya aku kat YM:ezyreload4u

semoga korang berjaya dalam perniagaan....

Sunday, January 11, 2009

Esok dah nak mula buat L.I

waduh2..cepat sungguh masa berlalu.dari sehari ke sehari dah abis cuti semester..esok kawan2, aku dah nak masuk ke alam pekerjaan tapi cuma Latihan Industri aje laa.walaupun hanya LI tapi aku bertekad akan berusaha bersungguh2 sebab ni akan bagi aku pengalaman dalam alam pekerjaan..

Bukannya aku tak pernah keja..pernah tu pernah tapi dah lama..dulu lepas aku abis je SPM terus aku cari kerja.payah laa juga nak dapat keja ni..tapi Alhamdulillah aku ada rezeki dengan sebuah kilang ni.hmm..lama gak aku kerja kat situ...hampir2 satu tahun sebelum aku masuk politeknik.yang bestnya aku kerja dari pukul 7.00am sampai pukul 11.00pm..kadang2 tu sampai pukul 3.00am..he3

sekarang ni pula aku buat LI kat Airport..hmm apa yang keja diorang nak bagi kat aku entahlah..tulis kat situ dalam unit kejuruteraan.jangan bagi tukar lampu udah laa..ha3.yang aku pening sekarang ni nak pakai apa esok.kalau pakai bertie nanti ada yang gelak kat aku plak..hmmm..tapi apa2 pun janji best..kepada korang yang sama2 buat LI dengan aku,aku ucap semoga berjaya..

Betul ke cinta itu buta??

cinta..cinta..cinta..hmm itulah suatu perkataan ataupun perasaan yang terdapat pada setiap orang..termasuklah diri aku ni.Betul ke cinta tu buta??Apakah yang dimaksudkan dengan "buta"??.aku rasa sebab orang yang bercinta ni rasa semua indah kot..he3

Kali ni aku nak kongsi dengan korang semua mengenai cinta cintan aku.Yaa..dulu aku pernah berkawan/couple dengan seorang pompuan ni.memang baik..baik..dan baik..tapi malangnya hubungan kami tak lama.mungkin tak ada jodoh kot.kata orang perpisahan dalam percintaan ada sebabnya..mungkin kita akan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari sebelumnya..

hmm..aku nak tulis pun rasa sedih..hu3.Baru2 ni aku ada terbaca blog kawan aku ni..kat situ ada perkara2 yang perlu diketahui orang seorang lelaki untuk memikat seorang wanita..Jadi aku nak berkongsi dengan korang semua..semoga cinta korang berpanjang sehingga ke akhir hayat..

30 perkara wania yang perlu lelaki ketahui


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, January 10, 2009

9/10 rezeki adalah dari perniagaan

kali ni aku nak bagi tau kat korang semua berniaga memang menguntungkan..tapi biarlah kena dengan cara2nya.untuk pengetahuan korang,family aku pun berniaga juga..Apa yang family aku niagakan..Haa..sebenarnya family aku menjual kuih-muih secara kecil-kecilan.Walaupun kecil tapi alhamdulillah dapat juga menampung sedikit sebanyak..

Antara kuih-muih yang family aku jual dan buat sendiri adalah onde-onde,bengkang ubi,bengkang pulut,putu kacang dan banyak lagi la..Setakat ini alhamdulillah banyak mendapat tempahan dari penjual-penjual.Nak kata sedap tu memang laa sedap..ha3.

Kalau korang nak tempah korang boleh hubungi family aku tapi area penang aja laa ek..Pasal harga tu kita leh bincang..he3

HALIMAH:017-4346452

Malang tidak berbau

Hari ini aku berasa sedih sekali..bukan sebab aku kemalangan atau apa2 pun tapi maksud aku dengan malang tidak berbau ni adalah kerana pointer aku..hmmm..aku dah semak pointer aku semester lepas,yang aku sedih kerana aku dapat sikit sangat..Pointer aku menurun teruk..waduh2.Kalaulah orang tua aku tau pasti dilenyet aku dengan buku..hu3.

Tapi insyaAllah selepas buat latihan industri ini aku akan tumpukan kepada pelajaran dengan sebaik-baiknya..Lagipun aku nak mengejar cita-cita aku dan cita-cita orang tua aku..hmm arap2 berjayalah aku nanti kan..aaammiinn..
IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DISINI